13 Okt 2022
Proses mengecilkan badan ternyata memang susah, perkataan diet memang tak lari dari mereka yang nak langsingkan badan. Paling seram, ada yang sanggup berlapar sehari suntuk sebab nakkan badan cantik.
Tapi, anda tak rasa ke diet macam tu tak macam menyiksa diri?
Memang betul “Beauty is pain” tapi bukanlah bermaksud menyiksa diri. Hari ini ICON+ nak kongsikan beberapa tips pada anda, dengan makanan anda boleh menurunkan berat badan.Seriouslah?
Makanan apa tu?
1. SUP
Terkejutkan! Kalau anda nak tahu semua makanan yang mengandungi kandungan air tinggi macam sup ni sebenarnya dapat mengurangkan kalori berlebihan tau.
Mengikut kajian saintis, mereka mendapati bahawa apa sahaja makanan yang dijadikan sup atau berkuah lebih cepat mengenyangkan. Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama sup ini sebenarnya dah dikira anda makan dalam kuantiti yang kurang berbanding makanan biasa.
2. YOGURT ASLI
Makanan ini memang tak pelik, kalau anda perasan dekat bungkusan yogurt selalunya tunjukkan ciri-ciri menguruskan badan. Tapi memang betul pun, yogurt adalah salah satu makanan yang boleh anda ambil dalam proses menguruskan badan.
Fungsi yogurt adalah memberikan kesihatan pada perut anda, bila perut dah sihat ia dapat melindungi tubuh anda daripada merembeskan hormon leptin atau lebih dikenali hormon yang menyebabkan obesiti.
Tips menarik, anda boleh gantikan santan dengan yogurt sebagai alternatif yang lebih baik.
3. TELUR
Bukan telur banyak kolesterol ke? Itu hanyalah Mitos.
Fitnah terhadap telur sahaja sebenarnya!Menerusi sebuah kajian yang telah dijalankan kepada 60 wanita yang hadapi masalah obesiti. Pada pagi mereka dikehendaki memakan telur sebagai sarapan pagi. Lebih mengagumkan kajian ini mendapati berat wanita-wanita ini turun lebih cepat berbanding sarapan roti.
Bukan itu sahaja, kuning telur juga mengandungi kesemua nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.
4. BUAH AVOKADO
Buah yang kaya dengan ‘emak sihat’ yang boleh bantu mengenyangkan perut anda dengan cepat. Siapa je yang tak kenal dengan buah unik ni betul tak?
Nutrisi buah ini kita boleh nampak dalam minyak zaitun sebenarnya. Jadi pada para diet di luar sana ICON+ sangat galakkan anda melengkapkan salad anda dengan buah ini.
Sebab apa tau? Buah ini dapat mempercepatkan proses melangsingkan badan.
4. CUKA EPAL
Dah namapun cuka, dah tentu kita kerja mereka adalah menghakis. Pengambilan 15-30ml cuka epal setiap hari dapat menurunkan lebih kurang 1KG dalam masa 12 minggu.
Bukan itu sahaja, cuka epal ini juga dipercayai dalam menurunkan paras gula dalam badan. Jadi, pengambilan cuka ini memang sangat bagus dalam gaya hidup sihat.
Selain menjadi penambah perisa salad anda, cuka epal ini sangat bagus jika dituang sedikit dalam air kosong dan diminum macam tu je. Zat-zat dan proses menghakis lemak akan berjalan dengan pantas.
Inilah perkongsian dari ICON+, jadi anda tak perlulah menyiksa diri semata-mata untuk kurus. Nak amalkan gaya hidup sihat ada pelbagai cara, apa yang perlu anda buat adalah ‘konsisten’.
Jangan jadikan proses diet anda tanpa senyuman di wajah, kerana ia akan memberi kesan kepada orang sekeliling juga. Ingat ‘Diet Smart With Joyful..’
UG1-13A, Lexa Galleria,
No. 45, Jalan 34/26
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Hotline: 013 777 0022
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat
8am - 5pm
* Disclaimer: Keberkesanan penurunan berat badan adalah bergantung pada gaya hidup & cara permakanan setiap individu.