Dasar Privasi

ICON PLUS WELLNESS SDN. BHD. (“ICON PLUS WELLNESS”) menyedari kepentingan privasi. Data peribadi anda diperlakukan dan diambil serius olehkami. Notis Data Peribadi dan Privasi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan dan rakan niaga kami yang dihargai selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010.

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti maklumat peribadi yang anda sertakan kepada kami untuk tujuan pembelian produk dan penghantaran.

Pengumpulan Data Peribadi
“Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda seorang ejen atau pembeli, dari mana anda boleh dikenal pasti , tetapi tidak terhad kepada :-
·  Nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon, maklumat perbankan , butiran kad kredit, bangsa, jantina, tarikh lahir, latar belakang pendidikan, latarbelakang kewangan, kepentingan peribadi, alamat e-mel, pekerjaan anda, jawatan anda dalam syarikat anda, butir-butir syarikat anda dan industri pekerjaan.

Apa-apa maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada Icon PlusWellness dalam borang pendaftaran, borang permohonan atau borang yang serupabentuk dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau mungkindikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh Icon Plus Wellness dari semasake semasa dan termasuk data peribadi sensitif seperti data yang berkaitandengan kesihatan, kepercayaan agama atau kepercayaan serupa.

Penyediaan dan pembekalan Data Peribadi telah diberikan oleh anda secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan Icon Plus Wellness Data Peribadi anda, Icon Plus Wellness tidak akan dapat memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan seperti yang disenaraikan dibawah;-

·  Jika andas eorang ejen atau pembeli, penyediaan Data Peribadi anda adalah wajib dan kegagalan untuk memberikan Data Peribadi anda, mungkin melanggar peruntukan undang-undang atau peraturan kawal selia yang berkenaan, dan boleh menyebabkan IconPlus Wellness tidak dapat mengkaji anda untuk menyediakan produk kepada anda.

Sumber di mana Data peribadi boleh diperolehi
Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada Icon PlusWellness secara langsung, Icon Plus Wellness mungkin mengutip Data Peribadi anda dari pelbagai sumber seperti: -

·  Apabila anda mengisi borang permohonan atau borang pendaftaran atau borang yang serupa bentuk atau melalui surat menyurat
·  Daripada media social seperti Facebook, Instgram dan Tiktok
· Apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan Icon Plus Wellness di dalam mana-mana acara atau aktiviti
· Apabila anda memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh Icon Plus Wellness daripada pelbagai entiti atau bahagian di bawah Icon Plus Wellness
· Maklumat Peribadi anda juga boleh dikumpulkan daripada “cookies” yang digunakan pada Laman Web.

Cookies
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ianya akan dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan laman web ini.

Maklumat Log
Apabila anda melayari Laman Web IconPlus Wellness, pelayan web kami akan merekodkan secara automatik maklumat yangdihantar oleh pelayar internet anda semasa melawat sesebuah laman web. Logpelayan ini akan merekodkan maklumat seperti permintaan web anda, alamatprotokol internet, jenis dan bahasa pelayar web, tarikh dan masa bagipermintaan anda dan cookies yang bisa mengenal pasti pelayar internet anda. 

Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Tujuan Pemasaran dan Promosi
Icon Plus Wellness jugamungkin menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan lain seperti (“Tujuan Tambahan”) :- 

Menghantar surat berita, berita terkini melalui emel, bahanpromosi, tawaran istimewa, salam perayaan daripada Icon Plus Wellness, atau pengiklan;
· Untuk memberitahu dan menjemput anda kepada acara-acara atau aktiviti yang dianjurkan oleh Icon Plus Wellness;
· Untuk memproses pendaftaran anda untuk menyertai atau menghadiri acara atau aktiviti dan untuk berkomunikasi dengan anda mengenai kehadiran anda di acara atau aktiviti tersebut;
· Melaluipos, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), applikasi melalui whatsapp dan/atau melalui e-mel.

Jika anda tidak memberi persetujuan kepada Icon Plus Wellness untuk memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan Tambahan, sila maklumkan kami di Icon Plus Wellness.

Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Laman Web Icon Plus Wellness kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui kemudahan khusus yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam laman web ini.

Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga
Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa IconPlus Wellness tidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga. Jika anda memberikan maklumat secara langsung ke laman-laman tersebut, dasar privasi dan terma-terma perkhidmatan pada laman-laman tersebut akan digunapakai dan Icon Plus Wellness tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman-laman tersebut. 

Pertanyaan atau Aduan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau laman web ini, anda boleh menghubungi kami di talian 013 777 0022 melalui seksyen maklum balas yang disediakan dalamlaman web ini. Waktu operasi Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi - 6:00 petang, kecuali hari cuti umum. 

Pengakuan dan Persetujuan
Dengan berkomunikasi dengan IconPlus Wellness, menggunakan perkhidmatan IconPlus Wellness, pembelian produk daripada IconPlus Wellness atau melalui perhubungan dan penggajian anda dengan Icon Plus Wellness, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis inidan bersetuju dengan penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh Icon Plus Wellness seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.Icon Plus Wellness mempunyai hak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini padabila-bila dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini pada Laman Web. Dengan terus berkomunikasi dengan Icon Plus Wellness, membuat pembelian produk daripada Icon Plus Wellness berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada apa-apa pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan.

Icon Plus Wellness Sdn Bhd

UG1-13A, Lexa Galleria,
No. 45, Jalan 34/26
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Hotline: 013 777 0022

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat
8am - 5pm

* Disclaimer: Keberkesanan penurunan berat badan adalah bergantung pada gaya hidup & cara permakanan setiap individu.