Terma Dan Syarat Menang Goldbar

Penganjur dan Peraduan

  1. Cabutan x MENANG GOLD BAR ("Peraduan") ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas kecuali kakitangan Icon Plus Wellness Sdn Bhd ("Penganjur").
  2. Hanya pelanggan (“Peserta”) yang membeli Fuzz Trac Combo 3 sahaja yang layak untuk menyertai Peraduan ini secara automatik bermula pada 12:00AM awal bulan hingga 11:59PM tarikh akhir bulan (“Tempoh peraduan”). Semua pembelian yang dibuat selepas Tarikh Tutup tidak akan diambil kira.
  3. Penganjur berhak untuk mengubah, membatalkan, menghentikan atau menangguhkan Peraduan pada bila-bila masa tanpa memberikan notis terlebih dahulu.
  4. Bagi mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penangguhan peraduan oleh Penganjur, pihak peserta tiada hak untuk membuat sebarang tuntutan atau menerima pampasan daripada Penganjur atas sebarang kerugian atau kerosakan yang dialami mahupun kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh peserta sama ada secara langsung atau tidak yang berpunca daripada perkara diatas.
  5. Peraduan hanya akan sah dan dijalankan sekiranya pembelian Combo 3 telah mencapai 150 pembelian minima secara keseluruhan pada bulan tersebut.

Kriteria Kelayakan

  1. Pembelian Fuzz Trac Combo 3 melalui laman web rasmi www.iconplus.com.my atau melalui ejen penganjur yang sah.
  2. Pemenang perlu menyatakan resit pembelian semasa tuntutan.
  3. Penganjur akan membuat cabutan secara rawak dan akan mengumumkan pemenang pada setiap 1hb melalui “LIVE” di Instagram @mirzanjohor dan @fuzztrac pada jam 8 malam.  
  4. Pemenang juga akan dimaklumkan melalui e-mel dan diberikan pilihan untuk menuntut hadiah tersebut di pejabat rasmi Penganjur atau melalui pos.

Hadiah

  1. “Gold Bar” 5 Gram X 1

Liabiliti & Tanggungjawab

  1. Pemenang perlu mematuhi Terma & Syarat Peraduan. Penganjur berhak untuk menarik semula hadiah sekiranya pemenang tidak mematuhi Terma & Syarat tersebut.
  2. Visual bagi hadiah yang dipaparkan menerusi bahan promosi Peraduan adalah ilustrasi sahaja. Hadiah sebenar mungkin berbeza. Hadiah tidak boleh dipindah milik. Nilai hadiah adalah betul pada masa percetakan.
  3. Pemenang dan/atau warisnya hendaklah bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan (termasuk kehilangan nyawa) akibat mengambil bahagian dalam peraduan, menuntut dan/atau menggunakan hadiah. Pemenang dan/atau warisnya juga bersetuju untuk melepaskan dan tidak mempertanggungjawabkan penganjur terhadap sebarang liabiliti.
  4. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos lain, dan/atau perbelanjaan yang berkaitan untuk menyertai peraduan dan menuntut hadiah adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.

Notis Penganjur

  1. Notis bertulis ("Notis") ini bertujuan untuk memaklumkan anda bahawa data peribadi anda diproses oleh pihak penganjur. Dengan segala maklumat yang diberikan kepada kami semasa pembelian, anda dengan ini mengizinkan penyimpanan dan pemprosesan data peribadi anda oleh penganjur dengan cara yang dinyatakan dalam notis ini. Kami akan memproses data peribadi yang telah anda berikan kepada kami, untuk tujuan mengendalikan peraduan, tujuan promosi dan menghubungi anda (jika perlu).
  2. Data peribadi yang diberikan hanya untuk tujuan yang dimaklumkan di atas. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan telah pun dikemas kini.

Hak Penganjur

  1. Berhak untuk menukar, membatalkan, menamatkan dan/atau menangguh pemberian hadiah, tanpa perlu memberikan notis terlebih dahulu. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan lain yang sama nilainya, pada bila-bila masa, tanpa memberikan sebarang notis terlebih dahulu.
  2. Hadiah yang dituntut dalam keadaan "sedia ada" tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit atau barangan lain sama ada secara sebahagiannya atau sepenuhnya.
  3. Keputusan penganjur dalam semua perkara berkaitan peraduan adalah mutakhir, muktamad dan mengikat. Tiada surat-menyurat akan dilayan.
  4. Penyertaan dalam peraduan ini dan penerimaan sebarang hadiah menandakan bahawa peserta memberikan kebenaran yang tidak boleh ditarik balik (melainkan dimaklumkan sebaliknya oleh peserta) kepada Penganjur untuk menggunakan nama dan gambar peserta untuk tujuan publisiti dan pengiklanan tanpa sebarang pampasan mahupun notis kepada peserta terlebih dahulu.
  5. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya hadiah hilang, rosak, cacat atau dicuri semasa dan selepas kutipan hadiah. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, semua peserta bersetuju secara tidak bersyarat untuk menanggung liabiliti yang dinyatakan diatas.

Lain-Lain

  1. Dengan menyertai peraduan ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat peraduan ini dan menerima bahawa semua keputusan yang dibuat oleh penganjur adalah muktamad.
  2. Untuk pertanyaan, sila hubungi pihak penganjur melalui emel hello@iconplus.com.my
    atau whatsapp HQ ditalian 013 777 0022.
Icon Plus Wellness Sdn Bhd

UG1-13A, Lexa Galleria,
No. 45, Jalan 34/26
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Hotline: 013 777 0022

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat
8am - 5pm

* Disclaimer: Keberkesanan penurunan berat badan adalah bergantung pada gaya hidup & cara permakanan setiap individu.