Sekiranya anda TIDAK berpuas hati dengan pembelian anda atas sebab-sebab berikut:
· Terima barang yang salah
· Item yang diterima tidak dalam keadaan baik
Kami dengan senang hati akan menerima pengembalian produk dalam masa 7 hari selepas menerima produk tersebut. Produk yang dibeli haruslah dipulangkan kepada kami melalui pos atau hantar kepada ibu pejabat Icon Pluss Wellness Sdn Bhd. Produk yang dipulangkan haruslah dalam keadaan yang sama semasa ia dihantar. Kami akan memeriksa produk yang dipulangkan dengan teliti untuk mengesahkan kerosakan yang dialami. Kami akan menggantikan produk yang sama sebaik ia disahkan.
Produk Rosak
Anda berhak untuk menuntut penggantian sekiranya produk yang anda beli terdapat kerosakan pada kualiti kotak dan botol.
Penilaian Produk
Sebaik sahaja kami mengesahkan bukti pembelian, kami akan menilai produk sama ada kerosakan itu disebabkan oleh kami atau semasa proses penghantaran. Kami akan menggantikan dengan produk yang baru sebaik saja kami sahkan.
Mohon permintaan pertukaran dengan menghantar e-mel kepada kami di hello@iconplus.com.my atau hubungi kami di talian khidmat pelanggan kami di 013 777 0022 (Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi - 6:00petang, kecuali hari cuti umum) dalam masa 48 jam setelah pesanan diterima. Anda mesti memasukkan butiran berikut dalam e-mel:
Nama Penuh:
NRIC:
Nombor Telefon:
Nombor Invois/ Resit:
Tarikh pembelian produk:
Sebab pertukaran:
Penerangan mengenai kecacatan atau kerosakan:
Gambar produk yang rosak:
Setelah kami menerima permintaan anda untuk menukar, kami akan menghubungi anda dalam masa 3 hari bekerja untuk mendapatkan arahan selanjutnya.
Dalam kebanyakan kes, anda perlu menanggung kos penghantaran untuk mengembalikan produk kepada kami. Walaubagaimanapun, jika kami menghantar produk yang salah atau rosak kepada anda, kami akan menanggung semua kos penghantaran balik (selagi anda menggunakan kaedah penghantaran standard) dan kami akan memastikan bahawa kami menghantar produk yang betul kepada anda, SEMUA dengan perbelanjaan kami
Kerosakan Produk atau Kesalahan Penghantaran
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul, kami akan menghantar semula produk yang betul kepada anda secepat mungkin.
Polisi Pemulangan Produk
Tiada bayaran balik atau pemulangan produk yang dibeli melalui pembelian dalam talian selain dari salah hantar atau kerosakkan. Semua jualan adalah muktamad.
Icon Plus Wellness Sdn Bhd Mempunyai Kuasa Penuh Untuk:
Menilai dan menganalisa produk yang dipulangkan sebelum menawarkan pertukaran. Penukaran mungkin ditolak selepas penilaian tersebut.
UG1-13A, Lexa Galleria,
No. 45, Jalan 34/26
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Hotline: 013 777 0022
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat
8am - 5pm
* Disclaimer: Keberkesanan penurunan berat badan adalah bergantung pada gaya hidup & cara permakanan setiap individu.