Terma dan Syarat Pembelian

Para pelanggan yang dihormati dan dihargai, anda dinasihatkan memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pesanan atau pembelian produk dari Icon Plus Wellness.

  1. Semua produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian dari pihak kami seperti produk rosak melebihi 70% sebelum dijual danakan diganti produk baru.
  2. Semua urus niaga di Malaysia adalah dalam Ringgit Malaysia sahaja.
  3. Jika membeli secara online , pastikan nama, alamat, poskod dan kuantiti diisi dengan betul pada borang. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika mengisi borang pesanan.
  4. Selepas pembayaran dibuat, pelanggan tidak dibenarkan membatalkan sebarang pesanan yang telah dibuat.
  5. Semua barang adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan baik sebelum dipos oleh pihak kami. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan produk atas apa jua sebab semasa proses penghantaran oleh Pihak Perkhidmatan Kurier.
  6. Kami memerlukan 1 hingga 3 hari waktu bekerja (untuk kawasan Sabah danSarawak, 3 hingga 5 hari masa bekerja diperlukan) untuk memproses tempahan pelanggan. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad maka hari Isnin dikira hari pertama. Walaubagaimana pun kami akan memastikan dan cuba untuk memproses pesanan anda secepat mungkin selepas pembayaran telah dibuat.
  7. Sekiranya berlaku dimana ketiadaan stok produk selepas membuatpembayaran, maka kami berhak dalam memberi pilihan kepada pelanggan kamisamada:
    · Menunggu beberapa hari lagi untuk stok baru
    . Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami sebagai HQ, kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan dari pelanggan
  8. Sila pastikan alamat yang diberikan adalah wujud dan sah juga ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, pelanggan dikehendaki menuntut barangdi pejabat Perkhidmatan Kurier yang berkaitan.
  9. Sekiranya pembayaran lebih dibuat, baki wang akan dipulangkan semula melalui transfer ke akaun secara online dan akan dimaklumkan.
  10. Semua Terma & Syarat diatas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan perlu menyemak Terma & Syarat ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.
Icon Plus Wellness Sdn Bhd

UG1-13A, Lexa Galleria,
No. 45, Jalan 34/26
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Hotline: 013 777 0022

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat
8am - 5pm

* Disclaimer: Keberkesanan penurunan berat badan adalah bergantung pada gaya hidup & cara permakanan setiap individu.