5 KELEBIHAN CENDAWAN ENOKI

Baru-baru ni tular dekat sosial media pasal cendawan enoki ni, bukan setakat cara hidangan je! Tapi nutrisi-nutrisi dia pun diperkatakan oleh pakar-pakar kesihatan tau!

Dalam 100gram Cendawan Enoki ni, terdapat nutrien-nutrien macam ni tau!

- Air: 88.34 gram - Kalori: 37 kcal
- Protein: 2.66 gram
- Karbohidrat: 7.81 gram
- Serat: 2.7 gram- Zat Besi: 1.15 gram
- Magnesium: 16 miligram
- Fosforus: 105 miligram
- Kalium: 359 miligram
- Zink: 0.65 miligram
- Selenium: 2.2 mikrogram
- Folat: 48 mikrogram

Tengok nutrisi dia je, korang dah boleh tahu. Yang cendawan boleh mengenyangkan. No wonderlah kalau makan steamboat perut cepat penuh…Selain itu, cendawan ini juga mengandungi vitamin B kompleks, vitamin E, vitamin D, dan juga vitamin K. Wow!!

Jom kita tengok kebaikan dari Cendawan Enoki ni. Lepas korang tahu je ni, mesti nak borong banyak-banyak lepas ni.

1. BOLEH LAWAN KANSER/ TUMOR

Menerusi laporan, bilangan kes kanser pada tahun 2012 hingga 2016 mencatatkan 115 238 kes. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 11,731 kes berbanding lima tahun sebelumnya. Bukan itu sahaja, satu kajian makmal juga telah dijalankan. Mereka mendapati ekstrak cendawan ini boleh menghalang pertumbuhan sel kanser payu dara.

Ekstrak ini juga menghalang pembentukan koloni sel kanser yang lain. Lagi hebat! Cendawan Enoki ini juga mengandungi sebatian bioaktif yang didapatai mempunyai kesan sitotoksik terhadap beberapa jenis kanser seperti kanser serviks, kanser hati, kanser payu dara, kanser perut, dan kanser paru-paru.

2. MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG

Ubat yang terbaik adalah dari tumbuhan semula jadi, siapa sangka Cendawan Enoki ni mampu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Penyakit jantung merupakan salah satu penyakit kardiovaskular yang menjadi salah satu penyumbang kematian tertinggi di Malaysia. Selalunya penyakit jantung ni, orang kaitkan dengan masalah tekanan darah tinggi dan kolesterol.

Cendawan Enoki nu mempunyai serat yang special iaitu serat diet, polisakarida dan mycosterol yang diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan kolesterol.Gempak weyh! Tahu tak?

Ekstrak Cendawan Enoki boleh merendahkan kepekatan jumlah kolesterol jahat dan menambah kolesterol baik.

3. MENGUATKAN MEMORI

Berita baik untuk si kaki pelupa! Cendawan Enoki, bagus untuk merawat penyakit Alzheimer iaitu penyakit yang menyebabkan kemerosotan memori dan kognitif.

Kajian telah pun dilakukan, khasiat cendawan enoki juga turut merangkumi kemampuannya untuk menambah baik keupayaan pembelajaran dan memori.

4. MENINGKATKAN FUNGSI IMUNISASI

Kajian juga mendapati Cendawan Enoki mempunyai sebatian protein yang boleh membantu meningkatkan imuniti. Sistem imuniti yang baik daripada mencegah badan kita daripada dijangkiti penyakit berjangkit.

Protein di dalam cendawan ini boleh melindungi kita daripada gejala alahan teruk seperti anafilaksis.

Kajian-kajian lain pula ada menunjukkan yang cendawan ini menunjukkan kesan anti-alahan. Lebih tepat, kalau alahan yang mengganggu saluran pernafasan, dia akan tolong.

5. MENGANDUNGI ANTIBAKTERIA DAN ANTIKULAT

Bahaya sangat ke bakteria dan kulat ni? Dah tentulah bahaya you alls! Sebabkan bakteria jahatlah kita kena macam-macam penyakit. Tapi dengan makan Cendawan Enoki, rasanya selamat sikit.

Satu kajian yang dijalankan pada 2010, mereka mendapati dalam ekstrak Cendawan Enoki mempunyai ciri-ciri antibakteria terhadap bakteria jenis Staphylococcus Aureus  dan Bacillus Subtilis.

Kajian lain pula, mereka dapati Ekstrak metanol daripada Cendawan Enoki ini menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap bakteria jenis B. Subtilis, Bacillus Pumilus, S. aureus dab Pseudomonas Aeruginosa.

Sebenarnya banyak khasiat Cendawan Enoki yang boleh memberi manfaat untuk kesihatan kita. Cendawan ini menunjukkan potensi yang baik untuk mencegah penyakit berbahaya. 

Jadi, amatilah bahan semula jadi di sekeliling kita. Banyak khasiatnya.

CLAIM FREE TRIAL PACK

Icon Plus Wellness Sdn Bhd

UG1-13A, Lexa Galleria,
No. 45, Jalan 34/26
Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur

Hotline: 013 777 0022

Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat
8am - 5pm

* Disclaimer: Keberkesanan penurunan berat badan adalah bergantung pada gaya hidup & cara permakanan setiap individu.